klinik dr inder website inline logo

ANUGERAH PERSONALITI INDUSTRI & USAHAWAN MALAYSIA 2020

niagatimes ANUGERAH PERSONALITI INDUSTRI & USAHAWAN MALAYSIA 2020

Dengan pengalaman dan prestasi yang mengagumkan, Datuk Dr Inder (DPSM) juga sering kali tampil melakukan rawatan untuk beberapa selebriti, ahli politik dan beberapa VVIP. Secara ringkasnya, Datuk Dr Inder (DPSM) adalah seorang pengamal perubatan berdaftar penuh dan pemegang LCP yang mempunyai pengalaman yang luas dalam menangani masalah yang sukar berkaitan dengan rambut dan kulit. 

Beliau dikenali sebagai seorang yang artistik dalam bidang penanaman rambut terutamanya bahagian kepala dan kening, serta misai dan janggut. Selain itu Datuk Dr Inder (DPSM) adalah seorang doktor yang menitikberatkan peralatan yang digunakan di klinik beliau. Ini adalah kerana alat-alat, teknik dan protokol yang dipraktikkan oleh Datuk Dr Inder (DPSM) adalah mengikut kelulusan USA FDA untuk mendapatkan keputusan yang optimum. Datuk Dr Inder (DPSM) merupakan Dr wanita pertama dan satu-satunya doktor wanita yang memiliki kesijilan ABHRS (American Board of Hair Restoration Surgery) di Malaysia sehingga hari ini.  

ABHRS LOGO Certification of Dr Inder

Merujuk kepada rawatan penanaman rambut, Datuk Dr Inder (DPSM) dan setiap jururawat telah dilatih sendiri oleh Dr John Cole bagi memastikan mereka mahir dalam prosedur penanaman rambut. Dengan kerjasama antarabangsa ini, Datuk Dr Inder (DPSM) telah memenangi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang antarabangsa oleh WhatClinic bagi tahun 2017, 2018 dan tahun 2019. Selain itu juga telah dianugerahkan dengan sijil Kecemerlangan Penjagaan MyDoc Asia pada tahun 2016, 2017 dan 2018. Datuk Dr Inder (DPSM) juga merupakan American Board Certified dalam perubatan astetik dan merupakan ahli bagi The International Society of Hair Restoration Surgery (ISHRS) dan Asian Association of Hair Restoration Surgeon (AAHRS). Datuk Dr Inder (DPSM) memiliki lesen yang diperakui Kementerian Kesihatan Malaysia bagi perubatan estetik. Tambahan pula , Datuk Dr Inder (DPSM) juga adalah bekas EXCO Ahli Persatuan Perubatan Estetik Malaysia dan merupakan salah seorang ahli aktif dalam Persatuan Anti Penuaan Malaysia.

TIPS DAN PETUA BERJAYA

Bagi mencipta kejayaan perniagaan, mantranya adalah tidak mudah untuk berputus asa. Hal demikian sering berlaku terhadap individu yang baru menceburi bidang perniagaan. Keadaan ini sering berlaku di sebabkan beberapa faktor antaranya adalah apabila kita merasakan tiada jalan penyelesaian terhadap setiap masaalah atau halangan dalam perniagaan. Selain itu adalah, kerana mempunyai banyak kata-kata atau fikiran negatif yang bermain di minda, merasa letih dan penat untuk berusaha. Kita hendaklah bijak dalam menguruskan perniagaan dengan berfikir di luar kotak, proaktif dan berinovatif.

Perniagaan yang menekankan semangat kerja berpasukan dan Kerjasama boleh memberi kelebihan keatas kekuatan individu pekerja mereka. Menekankan kerja berpasukan dengan cara keinginan untuk mencapai kesepakatan dan melibatkan orang lain dalam membuat keputusan, berkomunikasi secara terbuka dan jujur antara rakan sekerja, prihatin tentang ahli pasukan rakan-rakan, bertanggungjawab terhadap masalah dan cuba memahami pandangan orang lain.

Dalam perniagaan kita hendaklah berani untuk mengambil risiko, sama ada kecil mahupun besar risiko tersebut. Antara risiko-risiko dalam perniagaan ialah risiko kerugian, risiko pengorbanan masa dan tenaga, risiko produk rosak dan risiko dapatkan pekerja. Oleh itu pengurusan risiko haruslah dititik beratkan supaya dapat menghadapi sebarang risiko dengan lebih tabah dan kental.

PERANCANGAN

Telah pun menjadi sebutan pelbagai masyarakat dari negara asing seperti , Australia, America, Singapore, Indonesia, Philippines dan banyak lagi . Namun berhasrat memperluaskan lagi perkhidmatan ini ke seluruh dunia. Juga menekankan kesedaran tentang rawatan perubatan estetik dan kemajuan teknologi dalam bidang estetik pada orang ramai.

Kesedaran sivik ini, telah meransangkan kerja berpasukan antara kumpulan pemasaran, kumpulan teknikal dan kumpulan rawatan untuk menyebarkan maklumat yang tepat dan releven kepada kaum umum melalui sosial media.

Would you like to know more?

Schedule A Free Consultation Now
Alternatively you can give us a call at +60379321818

photo for footer template